Suatu yang perlu dicuba semasa berada di Langkawi. Nikmati pemandangan Pulau Langkawi yang mempersonakan dari dalam kereta kabel sambil meninggalkan Perkampungan Timur (Oriental Village). Terdapat beberapa kedai kecil yang memenuhi keperluan minat anda sambil menunggu giliran anda untuk menaiki kereta kabel tersebut. Pemandangan panaroma juga menawarkan pemandangan mempersonakan melangkaui sempadan pulau ini. Anda juga dapat melihat Air Terjun Telaga Tujuh dari jauh.
Gunung Mat Chinchang dipercayai kononnya berasal daripada gergasi yang dikenali sebagai Mat Chincang, yang telah disumpah menjadi sebuah gunung. Lupakan dulu kisah dongeng ini, gunung ini menjadi bukti kepada hasil penemuan geologi yang tertua di Malaysia. Tapak geologi ini mengandungi batu metamorfosis berusia 450 juta tahun, di mana habitat ekologi sekitarnya yang unik telah berkembang sejak berkurun-kurun dahulu.
Disebabkan ini, maka status taman geologi telah dianugerahkan oleh UNESCO kepada langkawi pada 2007, menjadikannya satu-satunya taman alam di Asia Tenggara dan yang ke-52 di bawah Rangkaian Taman Geologi Global UNESCO. Taman Geologi ini dipercayai mempunyai enapan Paleozoik paling terdedah dan lengkap di Malaysia, yang dibentuk semasa zaman Cambrian lebih kurang 450-550 juta tahun lalu.
Berjalan melintasi jambatan puncak seakan berjalan di atas awan dengan pemandangan sekeliling yang menakjubkan, landskap pulau, garis langit dan lautan yang luas.
Lebih kurang dua puluh minit dari resort.
MAKLUMAT TERKINI
Dapatkan berita, cerita dan makluman terbaharu eksklusif
© {{year}} Hak Cipta Terpelihara - Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U).