Alami keindahan matahari terbenam di atas kapal layar peribadi bersama Resorts World Langkawi.
Sebagai satu-satunya resort di Langkawi yang menyediakan jarak yang dekat antara penginapan dan marina peribadi, perjalanan anda ke kapal layar hanya memerlukan beberapa langkah untuk tiba – jimatkan masa dan wang anda bagi pengalaman penginapan yang lebih menyeronokkan di Resorts World Langkawi. Ketika berada di atas kapal layar, anda akan menyusuri laut Andaman di mana anda akan menyaksikan kecantikan pulau-pulau ketika matahari terbenam di ufuk barat. Serlahkan keterujaan anda terhadap kewujudan pulau-pulau yang ada diiringi dengan hirupan minuman segar di atas kapal.
Bagi mengakhiri pengalaman anda, kecapi suasana malam dengan seni bina portugis di Resorts World Langkawi apabila anda berlabuh di marina peribadi. Penuhi selera anda dengan hidangan barbeku yang terdiri daripada makanan laut, benua dan Asia di pelantar.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam Langkawi yang memukau dan suasana seni bina portugis di Resorts World Langkawi pada waktu malam.
MAKLUMAT TERKINI
Dapatkan berita, cerita dan makluman terbaharu eksklusif
© {{year}} Hak Cipta Terpelihara - Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U).