Terletak di barat daya Langkawi, Resorts World Langkawi menghidangkan tempat peranginan pantai untuk mereka yang gemar kepada percutian pulau yang mendamai jiwa.
Nikmatilah kedamaian pantai bersimbahkan cahaya matahari tropika. Bersantai sambil menjamu selera dengan pandangan panaroma pantai. Ceriakan suasana malam anda dengan muzik, permainan dan minuman.
Kolam Renang Infiniti kami terbuka luas kepada pemandangan lapang Laut Andaman, manakala Zest Boardwalk di resort kami menawarkan pemandangan mempersonakan Pulau lagenda Dayang Bunting. Tarikan pelancong popular seperti Pantai Cenang dan Underwater World Langkawi terletak hanya 10 minit berkereta dari resort ini.
Realisasikan impian di pulau ini, semuanya di Resorts World Langkawi.
Merujuk kepada Undang-Undang Kecil Perniagaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Kerajaan Kedah Darul Aman, tetamu hotel dikenakan Fi Pelancongan sebanyak RM3 setiap bilik untuk setiap malam penginapan seperti yang ditetapkan dan dikenakan oleh Majlis Perbandaran Langkawi, yang tidak termasuk dalam penempahan dan akan dikutip oleh hotel semasa daftar masuk. |