Kerja-kerja Menaik Taraf di Resorts World Langkawi
Tetamu yang Dihormati,
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf sistem penyejukan hotel sedang berjalan sehingga 01.04.2025.
Terdapat gangguan minimum dan ia tidak akan menjejaskan bilik, kemudahan hotel dan juga perkhidmatan kami sepanjang tempoh ini. Kerja-kerja ini akan berjalan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Perhatian dan kerjasama anda sepanjang tempoh ini amat kami hargai.
Pihak Pengurusan
Resorts World Langkawi adalah destinasi yang tepat untuk percutian yang murah dan berbaloi.
Dengan berlatarbelakangkan Langkawi UNESCO Global Geopark dan Taman Tasik Dayang Bunting, resort pesisir laut kami menawarkan suasana yang tenang untuk anda berehat dan bersantai di tengah-tengah keajaiban semula jadi Langkawi.
Nikmati pengalaman pelayaran matahari terbenam di marina peribadi kami atau celup kaki anda di kolam renang infinity menghadap pemandangan panorama lautan indah, hanya beberapa langkah dari bilik anda. Perlukan tempat untuk makan? Resort kami adalah antara pilihan termurah berdekatan Pantai Tengah: nikmati hidangan benua dan tempatan di lima restoran berdekatan pelantar; dan nikmati minuman di bar pesisir pantai.
Resorts World Langkawi adalah percutian tropika yang mengalu-alukan kedatangan semua dan percutian anda ke langkawi amat dinanti-nantikan!
Segala yang perlu anda terokai di syurga kepulauan kini berada di Resorts World Langkawi.
Resorts World Langkawi berbangga untuk menerima Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR Malaysia) oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam.