Alami keindahan Langkawi dengan pengembaraan island hopping
 

Alami keindahan ajaib pulau-pulau Langkawi dengan aktiviti pengembaraan island hopping  yang tidak akan dilupakan! Dikelilingi oleh pulau-pulau yang nyaman, jimatkan wang dan masa cuti yang berharga dengan memilih untuk memulakan pengembaraan island hopping di marina peribadi Resorts World Langkawi.

 

Pulau Dayang Bunting (Island of the Pregnant Maiden)

Mulakan pengembaraan anda yang mempesona dengan menaiki bot menuju ke Pulau Dayang Bunting, juga dikenali sebagai Island of the Pregnant Maiden. Terokai tasik air tawar yang mempesonakan di pusat pulau tersebut, di mana dipercayai sebagai tempat kesuburan dan keberkatan. Apa yang mengejutkan adalah tasik tersebut tidak masin walaupun hanya 30 meter dari air laut. 

Nikmatilah pelbagai aktiviti seperti berenang di tasik, bot solar, mendayung perahu dan juga berkanu. Anda juga dapat menikmati spa ikan semula jadi dengan rendaman tapak kaki ke dalam tasik dan membiarkan ratusan ikan menggigit.


Pulau Singa Besar (Singa Besar Island)

Kemudian, bergerak menuju ke Pulau Singa Besar bagi peluang sekali seumur hidup untuk melihat burung helang yang akan membuatkan anda kagum. Lihat helang yang gah membelah awan dan terbang menjunam ke bawah ketika anda sedang berlayar, dikelilingi gunung-gunung yang subur

 

Pulau Beras Basah (Beras Basah Island)

Akhiri pengembaraan anda di Pulau Beras Basah, kawasan yang sesuai untuk pecinta pantai dan berjemur. Nikmati pandangan yang tenang dengan butiran pasir yang lembut dan air yang kebiruan seketika anda bertenang dan berehat. Anda juga dapat sertai pelbagai sukan rekreasi air atau hanya bermalas-malasan.